Friday, 29 April 2011

Bijak berbelanja



1 ) Kurangkan makan di luar.
2 )  Elakkan penggunaan kad kredit.
3 ) Pastikan perut kenyang sebelum keluar ke shopping complex.
4 ) Banyakkan memasak sendiri.
5 ) Beli barang secara tunai. Buat perbandingan harga sebelum membeli apa2 barang.
6 ) Catat setiap perbelanjaan yang dibuat.
7 )Buat tabungan.
8 ) Beli insurans.
9 ) Buat pelaburan.(jika mahu yang kurang risiko cth:ASB)
10 ) Beli barang semasa ada jualan murah.

Saturday, 16 April 2011

Pengurusan wang tidak sempurna ?

Perkara-perkara berikut adalah kemungkinan-kemungkinan kewangan kita tidak sempurna, berterabur & tidak tentu arah.....

- Tiada yang mengajar kita tentang ilmu pengurusan kewangan yang betul.
- Mungkin orang lain (yang tiada ilmu dan sama seperti kita) yang menguruskan kewangan kita.
- Mempunyai penasihat-penasihat kewangan yang tidak sesuai. Erti kata lain, mereka itu tidak bertauliah.
- Nasihat yang diberikan tidak tepat & salah.
- Adanya sikap tamak dalam diri.
- Mempunyai ilmu kewangan yang tidak mencukupi. Hanya tahu basic saja, manakala applikasinya tidak mengikut       keadaan semasa.
- Tidak menyedari akan kepentingan pengurusan kewangan.
- Tidak mahu belajar dan mencari ilmu berkenaan dengan pengurusan kewangan.
- Tiada matlamat kewangan.
- Hidup mengikut arus dunia & nafsu.





Friday, 15 April 2011

Lagi Tips kewangan =)



Rancang dengan teliti.

Jika anda ingin membeli sesuatu barangan contohnya Peti Ais berharga RM2,000.00. Apa yang patut anda buat ialah menyimpan setiap bulan RM200.00 hingga cukup jumlah RM2000.00 baru beli. Tidaklah lama cuma 10 bulan sahaja. Tetapi jika anda berhutang anda terpaksa membayar ansuran setiap bulan + jumlah interest, disini anda akan rugi banyak wang. Disamping itu ia akan menambah urusan atau menyibukkan anda setiap bulan.


Tips penggunaan kredit kad

Sebenarnya anda hanya perlu ada satu Kredit Kad sahaja. Jika anda mempunyai dua atau tiga Kredit Kad sebenarnya anda telah buat silap. Oleh itu tutup dua lagi Kredit Kad tersebut sebelum masalah hutang anda jadi bertimbun. Kesilapan menggunakan kredit kad boleh menyebabkan anda menjadi bankrup, sebab interest bagi hutang tersebut sentiasa naik dan jika anda bayar sedikit sahaja kemungkinan anda hanya membayar jumlah interestnya sahaja, tidak termasuk hutang sebenar.

Cara yang selamat menggunakan kredit kad ialah dengan menggunakan satu kredit kad sahaja, bila digunakan anda perlu cepat-cepat bayar semula. Jika nilai kredit RM5000 Pastikan jumlah ini sentiasa penuh. Kalau anda berbelanja 4000 sekalipun pastikan anda dapat selesaikan sebelum tempoh sebulan atau dua bulan. Jika tidak mampu lebih baik jangan.
Anggaplah kredit kad sebagai kemudahan, nilai yang ada bukannya duit anda, ia hanya hutang. Jika silap langkah anda akan menanggung masalah.


Elakkan dari berhutang.

Elakan dari menambah hutang, kerana dengan berhutang anda sebenarnya mengundang masalah kepada diri anda sendiri.
Jika gaji anda RM4000,00 tetapi setiap bulan anda terpaksa membayar hutang dimerata-rata tempat, gaji bersih selepas tolak hutang tinggal RM900.00 sahaja. Inilah sebenarnya kenapa ramai individu merasa kesesakan. Cuba anda bayangkan jika anda tidak punya hutang dan mendapat gaji penuh RM4000.00 tentulah anda merasa lapang
.

Saturday, 2 April 2011

Asas Pengurusan Wang yang Sempurna


  1. PENDAPATAN (Income);Sumber kewangan adalah PENDAPATAN. Sumber PENDAPATAN adalah daripada pekerjaan seharian kita. Daripada kerja kita itu, barulah kita memperoleh gaji atau PENDAPATAN. Hanya orang yang mempunyai PENDAPATAN perlu untuk menguruskan wang mereka. Jika seseorang itu tidak ada PENDAPATAN, bagaimanakah dia ingin mengurus kewangan
  2. SIMPANAN (Saving);
    Ia menjadi teras kepada pengurusan kewangan. Jika seseorang itu gagal untuk menguruskan SIMPANANnya dengan baik, agak sukar untuk dia mengurus instrumen-instrumen kewangan yang lain. SIMPANAN menjadi faktor utama untuk peringkat-peringkat pengurusan kewangan seterusnya.
  3. PERBELANJAAN (Expenses);
    Ia merujuk kepada perbelanjaan harian seperti rumah, makan, minum, kenderaan, dan sebagainya. Selalunya ia menjadi perkara utama selepas setiap orang menerima gaji, iaitu;
    PENDAPATAN – PERBELANJAAN = SIMPANAN
    Tetapi, yang sepatutnya ialah;
    PENDAPAAN – SIMPANAN = PERBELANJAAN
    Seharusnya kita perlu MENYIMPAN terlebih dahulu sebelum BERBELANJA.
  4. PERLINDUNGAN (Protection);
    Dalam kita bekerja untuk memperoleh PENDAPATAN, dan membuat SIMPANAN, kita seharusnya untuk memastikan kedua-duanya itu dilindungi. Di sinilah fungsi PERLINDUNGAN, iaitu untuk memberi perlindungan kepada PENDAPATAN dan SIMPANAN kita apabila berlaku musibah. Dengan adanya PERLINDUNGAN, kita dapat mengekalkan kedua-dua PENDAPATAN dan SIMPANAN. Instrumennya ialah takaful dan insurans.
  5. PELABURAN (Investment);
    Inflasi akan menurunkan nilai SIMPANAN kita. Jadi, di sini perlunya untuk seseorang itu untuk membuat PELABURAN sekurang-kurangnya untuk melawan inflasi. Lebih jauh lagi, fungsi PELABURAN adalah untuk meningkatkan PENDAPATAN dan SIMPANAN. Apabila bercakap tentang PELABURAN, ia akan berkait rapat dengan risiko.
  6. PENYUCIAN (Purification);
    Dalam mencari harta dan wang, Islam mewajibkan zakat untuk memastikan setiap wang dan harta yang kita miliki bersih dan suci. Ada sebahagian harta yang kita cari adalah hak dan milik orang lain yang kurang berkemampuan. Jadi, di sinilah fungsi PENYUCIAN bagi membersihkan harta benda kita. Malah, di dalam undang-undang negara pun ada mewajibkan cukai ke atas rakyat jelata. Selain itu, sedekah dan amal jariah juga di bawah langkah PENYUCIAN.
  7. PEMBAHAGIAN (Distribution);
    Harta benda yang kita cari dan simpan, tidak akan dibawa ke kubur. Selepas kematian kita, ia menjadi milik orang lain pula. Jadi di sinilah fungsi wasiat, dan faraid untuk memastikan PEMBAHAGIAN harta kita berjalan lancar. Ia kadang-kadang dilupakan oleh kebanyakan orang kerana menganggap faraid sudah ada. Ya, betul faraid itu hak, tetapi perlu ada elemen penyediaan wasiat supaya proses PEMBAHAGIAN  mengikut faraid berjalan lancar.

Cara Pengunaan Wang Terbaik



1. Himpun/Kumpul Tunai



Seawal menceburi dunia pekerjaan, pasti ramai yang menyimpan pelbagai cita-cita - membeli kereta, rumah dan tidak ketinggalan melabur dalam pasaran saham.
Tetapi, ramai pakar kewangan berpendapat perkara paling penting yang harus dilakukan adalah membuat simpanan untuk kecemasan sekurang-kurangnya enam bulan jumlah perbelanjaan harian.
Hakikatnya, kata Clements, nasihat ini tidak realistik. Sekalipun anda menyimpan 10 peratus daripada pendapatan selepas pembayaran cukai, anda mungkin mengambil masa yang lama untuk membuat simpanan sebanyak itu.
Memburukkan keadaan, katanya, dalam memastikan simpanan kecemasan terus kukuh, ramai yang mengabaikan tabungan atau caruman yang lebih penting seperti skim kemudahan pekerja atau simpanan bagi pembelian rumah.
Nasihat beliau, lupakan tabungan untuk waktu kecemasan ini sebaliknya pastikan caruman dalam skim kemudahan pekerja, yang akan memberi pulangan lebih baik.
Ada simpanan dan nasib terbela sebagai pekerja.

2. Bergerak seiring pertumbuhan ekonomi

Sering kali anda dinasihatkan supaya membuat pelaburan besar dalam pasaran saham pada usia muda kerana pertama, ada masa panjang sebelum bersara dan kedua, cukup masa mengaut keuntungan sebelum pasaran saham jatuh. Ini adalah nasihat yang bagus - secara teori.
Realitinya, anda pasti tidak mahu melabur dalam pasaran saham dan panik ketika pasaran saham merudum. Lebih-lebih lagi, jika anda masih baru dalam `permainan’ ini dan tidak pernah berhadapan dengan krisis kejatuhan pasaran.
Sebaiknya, kata Clements, mulakan pelaburan dengan 60 peratus untuk saham dan 40 peratus bon. Jika anda tidak gusar dengan pasang surut pasaran saham, tingkatkan pelaburan saham ke 85 peratus atau 90 peratus satu atau dua tahun kemudian.
Kesimpulannya, jangan terlalu mudah terpengaruh dengan nasihat kewangan dan `termakan’ pujuk mereka yang konon-kononnya bergelar perundingan kewangan. Kenali kedudukan kewangan anda dan rancang perbelanjaan sebaiknya. Berpegang kepada perkara paling asas dan anda pasti tidak akan mengalami masalah kewangan.

3. Beli insurans nyawa/simpanan/pelaburan

Ejen insurans sentiasa `mendesak’ pekerja muda, dalam usia 20-an untuk membeli insurans nyawa merangkumi kemudahan pampasan kematian dan simpanan pelaburan dengan alasan ia lebih murah jika dibeli pada usia muda.
Jangan! Kata Clements, pembelian insurans sebegini, yang ternyata mahal hanya akan menjadi pelaburan yang tidak berfaedah jika syarikat anda menawarkan pelbagai skim atau pelan kemudahan pekerja yang melindungi kebajikan anda.
Perlu ingat, tujuan utama membeli insurans nyawa adalah untuk melindungi keluarga anda - anda tidak memerlukannya jika tidak berkeluarga, tiada suami, isteri atau anak. Jika sudah berkeluarga, dapatkan insurans yang hanya menawarkan kemudahan atau pampasan kematian. Itu sudah memadai, kata Clements.




Tips Kewangan..



Menerima gaji sepatutnya dan berbelanja kurang daripada pendapatan 

Peraturan asas ini nampak mudah tetapi hakikatnya sukar untuk dilaksanakan.Anda perlu tahu sama ada anda menerima gaji yang sepatutnya berbanding kepakaran, keupayaan, produktiviti dan tugas yang dipertanggungjawabkan kepada anda. Menerima gaji rendah daripada yang sepatutnya, walaupun RM1,000 setahun akan memberi kesan yang besar dalam jangka panjang.

Tidak kira berapa gaji anda, jangan sesekali berbelanja melebihi pendapatan.Adalah lebih mudah untuk menyekat perbelanjaan daripada memperoleh pendapatan lebih. Berjimat walaupun sedikit boleh memberi kesan yang besar pada tabungan.




Rancang dan patuhi jadual perbelanjaan (bajet) 

Rancang perbelanjaan anda. Anda tidak akan mampu berbelanja dan menyimpan pada masa yang sama tanpa perancangan kewangan yang betul.

Lunaskan hutang kad kredit 
Berterus-terusan mempunyai hutang kad kredit adalah satu kesilapan paling besar. Memang terlalu mudah untuk menggunakan kad kredit tetapi amat payah untuk melunaskan hutang dan akhirnya anda akan terus dibeban hutang..yang BESAR!


Mencarum dalam pelan persaraan

Jika syarikat anda menyediakan pelan persaraan, jangan lepaskan peluang untuk mencarum. Jika tiada, pertimbangkan pelan atau skim lain yang disediakan untuk pekerja.


Menabung.

Pastikan anda menyimpan sekurang-kurangnya lima peratus ke 10 peratus daripada gaji sebelum menyelesaikan segala bil. Cara paling baik, buat potongan secara automatik untuk akaun yang berbeza.


Melabur.

Pastikan anda membuat pelaburan - jika masih ada wang lebih selepas mencarum untuk skim persaraan atau skim simpanan pekerja dan menabung dalam akaun simpanan.

Tingkatkan caruman skim kemudahan untuk pekerja 
Tambah nilai caruman anda pada skim kemudahan yang disediakan untuk pekerja. Ia akan membantu anda mengurangkan pembayaran cukai dan membataskan perbelanjaan yang tidak perlu.

Semak liputan insurans 

Ramai orang membeli insurans dengan bayaran premium yang tinggi tanpa terlebih dulu menyelidik sama ada ia perlu atau tidak. Pastikan anda mempunyai insurans secukupnya tetapi pada masa yang sama tidak membebankan kedudukan kewangan.
Kemas kini wasiat 

Lindungi orang yang disayangi. Pastikan anda membuat wasiat tidak kira berapa sedikit pun harta anda. Kira-kira 70 peratus warga Amerika tidak mempunyai wasiat.

 Simpan rekod kewangan dengan baik 

Jika anda tidak menyimpan semua rekod perbelanjaan, anda mungkin terlepas pandang untuk mendapatkan pengecualian cukai untuk perbelanjaan tertentu.




Kesilapan Lazim yang Dilakukan Dalam Pengurusan Wang

Gagal Merancang
Alasan yang selalu diberikan oleh mereka yang tidak merancang kewangan ialah "Saya sibuk dengan kerja dan keluarga hingga tidak sempat untuk menguruskan kewangan saya". Sebenarnya, walaupun anda hanya tergolong dalam golongan berpendapatan sederhana, tabiat `merancang kewangan' akan membolehkan anda menjadi seorang berjaya mengumpul kekayaan di kemudian hari kelak.



Melabur dalam Produk yang Tidak Bersesuaian
Terdapat pelbagai produk pelaburan di pasaran. Untuk memastikan kita melabur dalam produk pelaburan yang menepati profil risiko dan ganjaran yang diinginkan, kita memerlukan ilmu pengetahuan mengenai selok-belok pelaburan. Justeru, pastikan anda meneliti ciri sesuatu produk pelaburan berkenaan dan mengkaji kumpulan pengurusannya sebelum melabur.



Terlampau Memikirkan Pasal Wang
Dalam usaha memupuk tabiat merancang kewangan, janganlah pula terlampau taksub mengumpul kekayaan sehingga lupa akan perkara lain yang amat bermakna dalam hidup kita seperti keluarga, kesihatan, kepuasan berkarier serta rakan dan taulan.

Akhir sekali, kita perlu sentiasa mengingatkan diri mengenai kepentingan merancang kewangan. Jika kita tidak bersungguh-sungguh dalam membina kekayaan dan menguruskan kewangan, besar kemungkinan kekayaan tidak akan berpihak kepada kita.



Lewat Menabung Untuk Hari Tua
Untuk memulakan persaraan, kita mesti memastikan yang kita mempunyai wang mencukupi bagi menampung gaya hidup yang diinginkan selepas bersara. Bagaimanapun, masih ramai terutama mereka yang sudah hampir bersara, masih bergelut untuk mencapai jumlah simpanan diperlukan. Sepatutnya, setiap kali gaji naik, simpanan kita turut naik. Sebaliknya, apa yang berlaku adalah setiap kali gaji naik, perbelanjaan pula yang bertambah.



Tidak Menabung untuk Waktu Kecemasan
Sesetengah orang beranggapan yang membeli insurans adalah perbuatan membazir wang. Tetapi tahukah anda bahawa tanpa insurans, kedudukan kewangan kita akan tergugat terutama jika kita hilang pendapatan/pekerjaan. Tanpa insurans atau wang simpanan, seluruh keluarga akan merana dan ketika itu juga agak terlambat untuk memikirkan bagaimana ingin mencari sumber pendapatan yang lain dengan kadar segera.



Berbelanja Melebihi Kemampuan
Dewasa ini, kita sering berbelanja melebihi kemampuan akibat desakan rakan dan juga iklan di sekeliling kita. Ramai yang sanggup menghabiskan wang semata-mata untuk mengikut arus peredaran masa dan tidak mahu dianggap ketinggalan zaman. Akibatnya, ramai yang hanya mempunyai baki yang amat sedikit dalam akaun bank di hujung bulan selepas ditolak bayaran pelbagai pinjaman, kad kredit, bil dan sebagainya.



Berbelanja Menggunakan Kad Kredit
Tabiat beli dulu dan bayar kemudian adalah perkara biasa dewasa ini. Hampir setiap orang mempunyai sekurang-kurangnya satu kad kredit. Malah, ramai yang memiliki lebih daripada satu kad. Dengan bayaran minimum setiap bulan, ramai yang akan berpotensi untuk terus berbelanja. Mereka tersalah anggap mengenai bayaran minimum terbabit, dan tidak menyedari bahawa lama kelamaan ia akan menjadi hutang yang menggunung di kemudian hari.

Belajar Mengurus Wang


  • Mengurus wang anda membolehkan matlamat kewangan anda tercapai seperti membeli rumah, menyimpan wang untuk membiayai pelajaran anak-anak atau merancang untuk persaraan. Apa yang perlu hanyalah membuat sedikit perancangan dan mengurus hal kewangan anda dengan betul. Halaman web ini memberi panduan kepada anda tentang prinsip-prinsip asas belanjawan dan membolehkan anda mengorak langkah ke arah kebebasan kewangan melalui tip-tip perancangan kewangan.
  • PERANCANGAN KEWANGAN YANG BAIK
  • Bank Negara Malaysia menerusi Program Pendidikan Pengguna yang bertujuan meningkatkan tahap celik kewangan pengguna juga menitikberatkan amalan perancangan kewangan yang baik dan tabiat menyimpan wang khususnya di kalangan pelajar sekolah, kaum wanita dan golongan pekerja.
  • SELANGKAH DEMI SELANGKAH KE ARAH AMALAN PERANCANGAN KEWANGAN YANG BAIK
    Perancangan kewangan adalah penting, walau banyak mana sekalipun pendapatan kita. Rahsianya ialah mengetahui di mana anda sekarang, hendak ke manakah anda pada masa hadapan dan bagaimana untuk sampai ke sana. Anda boleh menambah nilai wang anda jika anda dapat mempelajari bagaimana untuk menguruskannya secara berhati-hati, seperti:
    • Mengetahui apa hendak dibuat dengan wang anda
    • Mengetahui ke mana perginya wang anda
    • Mengenal pasti tabiat anda berbelanja
    • Membentuk satu rancangan perbelanjaan yang cermat
    • Berbelanja secara berhemat dan mengikut kemampuan anda
    • Menyimpan wang sedikit demi sedikit untuk masa depan anda
  • LANGKAH-LANGAH YANG BOLEH ANDA AMBIL DALAM MERANCANG KEWANGAN ANDA:
  • Langkah 1 - Menentukan Matlamat Kewangan Anda Menentukan matlamat kewangan
  • Langkah 2 - Menjejaki Ke Mana Perginya Wang Anda Setelah 
  • Langkah 3 - Menilai Cara Anda Berbelanja Jika anda mendapati bahawa anda tidak mempunyai apa-apa baki pada akhir bulan, barangkali anda perlu menilai cara anda berbelanja
  • Langkah 4 - Menulis Rancangan Perbelanjaan Anda Dengan mencatatkan aliran wang masuk dan wang keluar



Friday, 1 April 2011

Ringgit Malaysia


Ringgit atau turut dikenali sebagai Ringgit Malaysia ialah unit mata wang Malaysia dengan kod mata wang MYR. Ringgit boleh dibahagi kepada 100 sen dan mempunyai wang kertas bernilai RM100, RM50, RM10, RM5 dan RM1 serta syiling 50 sen, 20 sen, 10 sen dan 5 sen. Nama "Ringgit" berasal daripada sisi bergigi wang perak Sepanyol yang digunakan secara meluas pada zaman dahulu. Dollar Brunei juga dikenali sebagai ringgit bagi masyarakat tempatan.
Pada 1837, mata wang Rupee India digunakan sebagai mata wang rasmi di penempatan selat (iaitu Negeri negeri Selat) tetapi pada 1867, dollar perak digunakan semula. Pada 1903, dollar Selat dipaut pada 2 shilling dan empat pence (mata wang Britain ketika itu) selepas diperkenalkan oleh Lembaga Pesuruhjaya Mata Wang (Board of Commissioners of Currency). Bank-bank swasta dilarang mengeluarkan wang kertas. Namun penggunaan berterusan mata wang ini terhenti akibat penaklukan Jepun pada 1942 hingga 1945 dan apabila mata wang ini dinilai semula berdasarkan Pound Sterling pada 1967. Ini mengakibatkan nilai wang Selat susut sebanyak 15% daripada nilai asal.
Mulai bulan Ogos 1975, nama "Ringgit" diterima secara rasmi sebagai nama khas mata wang Malaysia. Sebelumnya, wang dikenali sebagai dollar dalam Bahasa Inggeris dan ringgit dalam Bahasa Melayu. Namun penggunaan simbol $ terus digunakan sehingga ditukar kepada RM pada 1990an.
Sewaktu krisis ekonomi Asia pada 1997, mata wang ringgit dipaut pada dollar Amerika Syarikat pada kadar tetap iaitu RM 3.80 untuk satu dollar AS.
Pada 12 Julai 2005, Bank Negara menamatkan pemautan mata wang ringgit kepada dollar Amerika Syarikat selepas Chinamengumumkan penamatan pautan renminbi kepada dollar. Menurut Bank Negara, Malaysia akan membenarkan ringgit untuk dioperasi dengan apungan terkawal dengan beberapa mata wang utama. Ini menyebabkan nilai mata wang ringgit naik menghampiri aras nilai pasaran yang dapat diterima . Walaupun begitu, Bank Negara ada bercampur tangan dalam pasaran kewangan untuk mengekalkan kestabilan di dalam dagangan ringgit.

Sejarah Wang Ringgit Malaysia



Bank Negara Malaysia (BNM) mula mengeluarkan wang kertas Malaysia yang pertama pada tahun 1967 mengandungi jenis nilai $1, $5 $10, $50 dan $100. Wang kertas jenis $1,000 dikeluarkan pada 2 September 1968. Reka bentuk asal bagi kesemua wang kertas ini adalah sama bagi semua jenis nilai iaitu muka depannya mengandungi potret DYMM Yang Di-Pertuan Agong yang pertama berserta dengan perkataan Bank Negara Malaysia dan ditandatangani oleh Gabenor BNM Tun Ismail Bin Mohamed Ali. Muka belakang wang kertas mengandungi logo BNM dan dihiasi dengan bentuk geometri
Sempena pelaksanaan rasmi sistem ejaan baru Bahasa Malaysia pada 16 Ogos 1972, BNM telah menggunakan sistem ejaan baru dalam percetakannya tapi masih mengekalkan reka bentuk wang kertas yang sama. Contohnya perkataan “SA-PULOH” ditukarkan kepada “SE-PULUH” pada muka depan wang kertas jenis nilai $10. Pada tahun 1976, langkah keselamatan tambahan iaitu imej pendam (latent image) telah digunakan dimana angka Arab akan timbul kelihatan apabila wang kertas ini dicondongkan sedikit pada suatu sudut.
Pada awal tahun 1982, wang kertas yang dikeluarkan ditandatangani oleh Gabenor BNM baru Tan Sri Aziz Bin Hj Taha. Pada 1 September 1982, BNM telah mengeluarkan 2 jenis nilai baru $20 dan $500. Wang kertas baru pada keseluruhanya mempunyai reka bentuk baru dan mencerminkan kebudayaan Malaysia. Tera air kepala harimau pada muka depan siri lama telah digantikan dengan potret DYMM Yang Di-Pertuan Agong yang pertama. Wang kertas keluaran baru sejak September 1983 dicetak dengan sketsa bangunan atau mercu tanda penting di ibu kota. Saiz ukuran wang juga lebih kecil berbanding dengan wang kertas siri terdahulu.
Pada Februari 1996, BNM telah memperkenalkan RM2 (wang kertas Malaysia dikenali sebagai Ringgit Malaysia,RM). Justeru mata wang jenis nilai RM1, RM5, RM10, RM50 dan RM100 turut diperkenalkan dan direka dengan ciri-ciri keselamatan yang baru. Selepas krisis ekonomi pada tahun 1998, RM500 dan RM1000 telah diberhentikan pengunaannya.
sumber dari: "