Belajar Mengurus Wang
- Mengurus wang anda membolehkan matlamat kewangan anda tercapai seperti membeli rumah, menyimpan wang untuk membiayai pelajaran anak-anak atau merancang untuk persaraan. Apa yang perlu hanyalah membuat sedikit perancangan dan mengurus hal kewangan anda dengan betul. Halaman web ini memberi panduan kepada anda tentang prinsip-prinsip asas belanjawan dan membolehkan anda mengorak langkah ke arah kebebasan kewangan melalui tip-tip perancangan kewangan.
- PERANCANGAN KEWANGAN YANG BAIK
- Bank Negara Malaysia menerusi Program Pendidikan Pengguna yang bertujuan meningkatkan tahap celik kewangan pengguna juga menitikberatkan amalan perancangan kewangan yang baik dan tabiat menyimpan wang khususnya di kalangan pelajar sekolah, kaum wanita dan golongan pekerja.
- SELANGKAH DEMI SELANGKAH KE ARAH AMALAN PERANCANGAN KEWANGAN YANG BAIK
Perancangan kewangan adalah penting, walau banyak mana sekalipun pendapatan kita. Rahsianya ialah mengetahui di mana anda sekarang, hendak ke manakah anda pada masa hadapan dan bagaimana untuk sampai ke sana. Anda boleh menambah nilai wang anda jika anda dapat mempelajari bagaimana untuk menguruskannya secara berhati-hati, seperti:
• Mengetahui apa hendak dibuat dengan wang anda
• Mengetahui ke mana perginya wang anda
• Mengenal pasti tabiat anda berbelanja
• Membentuk satu rancangan perbelanjaan yang cermat
• Berbelanja secara berhemat dan mengikut kemampuan anda
• Menyimpan wang sedikit demi sedikit untuk masa depan anda
- LANGKAH-LANGAH YANG BOLEH ANDA AMBIL DALAM MERANCANG KEWANGAN ANDA:
- Langkah 1 - Menentukan Matlamat Kewangan Anda Menentukan matlamat kewangan
- Langkah 2 - Menjejaki Ke Mana Perginya Wang Anda Setelah
- Langkah 3 - Menilai Cara Anda Berbelanja Jika anda mendapati bahawa anda tidak mempunyai apa-apa baki pada akhir bulan, barangkali anda perlu menilai cara anda berbelanja
- Langkah 4 - Menulis Rancangan Perbelanjaan Anda Dengan mencatatkan aliran wang masuk dan wang keluar
cantek background
ReplyDelete